| Noryn Simpan Hasrat Buka Sekolah Nyanyian. |
|
Page 2 of 3 Perjalanan Karier Memberangsangkan Menyingkap tirai tahun 2009 yang baru berlabuh, pemuja Ella Fitzgerald, Jill Scott dan Erykah Badu ini bersyukur kerana tahun lalu merupakan tahun yang cukup baik untuknya apabila dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah. Manakala tahun ini mungkin caraban lebih besar menanti buat penyanyi genit ini. Baru sahaja membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 12 Januari lalu, Noryn Aziz tidak mahu menoleh kebelakang. ![]() Sedang album baru masih lagi dalam pembikinan, Noryn telahpun melancarkan duet bersama artis dari Negara jiran. Lamaran label MUZIKON dari Filipina tidak disia-siakan penyanyi yang bersuara soprano ini, koloberasi dengan dua artis Filipina iaitu Christian Bautista melalui lagu Anugerah dan bersama Kyla melalui lagu Teman membuka laluan Noryn untuk dikenali di negara itu juga. “Perancangan ini telah dibuat sejak tahun lalu, saya rasa ini adalah peluang dan pengalaman yang baik buat saya. |






